Monday, December 3, 2012

Rekod gah Messi agak 'tercalar' dengan kehadiran lelaki berusia 74 tahun ini


Baru-baru ini media-media Eropah memberitakan bahawa Lionel Messi sudah mencatat jumlah jaringan 84 gol untuk Barcelona dan Argentina. Bererti Messi selangkah lagi menyamai rekod 40 tahun yang dipegang Gerd Mueller sejak 1972. Messi nampaknya hampir menjadi mesin gol nombor satu dunia, namun ternyata dia sangat jauh jika dibandingkan pemain yang satu ini. Dia bukan pemain muda yang bertenaga dan prospektif, namun hanya seorang datuk berusia 74 tahun dari negara bahagian Kent, England. Namanya Derek May. Ya, Derek akan membuat Messi letih jika ingin mengejar rekod gol lelaki tua ini. Kerana Derek ternyata sudah mencatat 1300 gol selama kariernya dalam bolasepak.

Dan hebatnya, Derek masih aktif bermain sampai sekarang! Striker yang usianya tiga kali usia Messi ini, telah bermain selama 53 tahun bersama Meridian FC atau sejak 1954. Sepanjang waktu itu pula, dia akan menjaringkan gol. Minggu ini, Derek memasukkan tendangan penalti ketika membawa Meridian FC menang 7-1 atas Borough United di pertandingan divisyen II Liga Veteran Wilayah Selatan Kent. Itu adalah golnya yang ke-1300! “Derek tidak membuang waktu ketika dia meletakkan bola dan langsung memasukkan penalti,” begitu yang didedahkan media tempatan.

Datuk yang sudah memiliki tiga orang anak dan lima orang cucu ini mendapat banyak pujian dari para penyokong Meridian FC. Bahkan di Woolwich, nama Derek seakan lebih popular di kawasan ini daripada Messi. Derek mengaku bahawa dia sudah bermain secara tetap tiga kali seminggu sejak awal tahun ini, dan belum merancang gantung kasut. “Saya hanya akan gantung kasut, kalau bolasepak sudah menggantung karier saya,” ujarnya sambil tersenyum. - AFP






.

2 Penyokong CHELSEA:

Hanis Azla on December 3, 2012 at 3:52 PM said...

Subhanallah.. hebatnya atuk tu..

titan on December 4, 2012 at 4:57 PM said...

pehh..memang kagum habis nih..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!